HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (HSP)
Dapatkan Huraian Sukatan Pelajaran DISINI
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)
Dapatkan Huraian Sukatan Pelajaran DISINI..
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata pelajaran : Kemahiran Hidup ( Pendidikan Khas )
Tema/Tajuk : Perkebunan
Unit : 4.6 - Menanam pokok/ tanaman
4.6.1 - Cara menanam
Kelas : Kelas 1
Tarikh : 14. 10. 2011(Jumaat)
Masa : 08.00 pagi – 08.30 pagi (30 minit)
Bilangan murid : 5 orang murid
Bidang pelajaran : Perkebunan
Objektif pembelajaran : Menanam anak pokok
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
Menguasai isi kandungan:
a. Mengenal alatan dan bahan untuk menanam pokok.
b. Merumput di kawasan batas untuk tanaman pokok cili.
c. Menggembur tanah di kawasan batas untuk tanaman pokok cili.
d. Menanam pokok cili di batas.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Proses menanam pokok
a. Pemilihan anak benih yang berkualiti.
b. Penyediaan tapak yang bersih untuk menanam.
c. Tanah perlu digembur untuk kesuburan tanah.
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
- Benih anak pokok cili ( berukuran tinggi 16 cm )
- Tanah di batas yang dikhaskan- 1 tapak
- Sudip- 2 bilah
- Serampang - 2 bilah
- Sarung tangan - ( mengikut bilangan murid )
- Topi terendak -3 buah
- Kasut but kebun- 3 pasang
- Cangkul - 1 batang
- Penyiram – 1 buah
Langkah berjaga-jaga:
1. Peringatan tentang cara menggunakan alat-alat tajam dengan betul dan selamat.
2. Pengawasan secara berterusan.
3. Teguran dan nasihat jika murid melakukan kesilapan.
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid pernah melihat dan makan cili melalui masakan ibu di rumah
2. Murid pernah melihat cangkul .
Kaedah :
1. Projek
2. Tunjuk cara
3. Demontrasi
| Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
| Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
| Permulaan/ Mencungkil idea (3 min) | Penerangan berkaitan sayur cili yang digunakan dalam masakan. | Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan cara mencungkil idea dan perkongsian maklumat. | Murid memberi respon dengan berkongsi pengalaman tentang rasa, bentuk dan kegunaan cili. | Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas . |
| Menstruktur Menstruktur semula (10 min) | Penerangan tentang peringkat awal penanaman. a. Murid dibawa kebun sayur. b.Langkah keselamatan. c.Penerangan persediaan untuk tanaman. d.Tunjuk cara menggunakan alatan menanam dengan betul. | Guru membawa murid ke kebun sayur yang disediakan. Arahan kelengkapan berkebun. Menunjukkan alatan yang akan digunakan. Menerangkan kepada murid bahan-bahan untuk menanam pokok cili. Menunjuk anak benih, penyediaan di tanah batas, ,merumput di sekitar tanaman dan menggembur tanah agar berongga serta membuat lubang. | -Murid memakai topi, kasut but dan sarung tangan. -Murid melihat dan mencuba alatan serta menyebut nama alatan. -Melihat, menamakan bahan : tanah, anak benih, dan batas. -Murid membuat pemerhatian dan bersoal-jawab tentang persediaan dan proses ketika berkebun. | Strategi/ Teknik: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Berhati-hati, menghargai. |
| Aplikasi Idea (15 min) | 1. Amali penggunaan alatan dan menyelenggara tapak kebun pokok cili di batas. 2.Bimbingan proses penyediaan tapak dan merumput di sekitar batas anak pokok cili 3. Menanam pokok cili. | *Mengarahkan murid mengambil alatan yang perlu digunakan. Memberi arahan semula proses penyediaan tapak, ( merumput serta menggembur tanah.) *Menanam pokok cili. | Murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan untuk menanam pokok cili. Setiap murid merumput. dan menggembur tanah di sekeliling batas pokok dengan cara mencangkul. Menanam cili di batas. | Strategi: Perbincangan kumpulan diikuti amali di kebun. Sumber pengajaran: benda-benda maujud dan penerangan. |
| Penutup (2 min) | Rumusan kerja. Anak pokok perlu ditanam di tapak tanah yang berongga dan bersih dari rumput agar tanaman sentiasa subur. Menghargai tanaman. | Guru menyoal kembali langkah-langkah untuk penyediaan tempat dan cara menanam benih pokok cili serta bahan-bahan yang digunakan. | Murid menyatakan kembali kerja yang telah dibuat. Murid menyenaraikan alatan dan bahan untuk berkebun secara individu. | Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas Sumber pengajaran: Hasil kerja murid. Pengayaan : Lembaran kerja. |

